MOSCOW: Lebih tiga perempat pengundi Amerika Syarikat (AS) percaya penyandang Presiden AS, Joe Biden akan menjadi terlalu tua untuk menjadi pemimpin yang berkesan jika beliau dipilih semula untuk penggal kedua pada 2024, lapor Sputnik.

Associated Press melaporkan pada Isnin, memetik tinjauan terbaharu oleh Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Awam The Associated Press-NORC, 77 peratus responden berpendapat presiden berusia 77 tahun itu terlalu tua untuk berkesan untuk empat tahun lagi.

Pendapat itu dikongsi oleh 89 peratus pengundi Republik dan 69 peratus Demokrat, hasil kajian menunjukkan.

Apabila ditanya tentang perkataan frasa pertama yang terlintas di fikiran apabila menyebut Biden, 26 peratus responden menyebut umurnya, 15 peratus lagi menggunakan perkataan "lambat" atau "keliru."

Sebaliknya, hanya 3 peratus responden memilih "keliru" sebagai perkataan yang mereka kaitkan dengan bekas Presiden AS Donald Trump, manakala 15 peratus memilih sama ada "korup" atau "penipu."

Tinjauan itu dijalankan dari 10-14 Ogos dalam kalangan 1,165 orang dewasa dengan margin ralat menghampiri 3.8 mata peratusan.

-- BERNAMA-SPUTNIK